PEMAJU hartanah, SCland Development Sdn. Bhd. (SCland) telah menerima Anugerah Pensijilan Hab E-Dagang Kebangsaan daripada Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Anugerah tersebut diberikan atas inisiatif SCland membangunkan sebuah kawasan khusus buat pembangunan e-dagang di negara ini yang terletak di Kota Damansara. Pengerusi SITEC, Datuk Teng Chang Khim berkata, anugerah berkenaan sangat bermakna bagi merancakkan lagi aktiviti e-dagang di negara ini. Katanya,…