Duit raya untuk penjawat awam Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Duit raya untuk penjawat awam Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 15 Mei – Seramai 3,481 penjawat awam di Negeri Sembilan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang dibayar hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM5.3 juta.

“Pembayaran akan dibuat hari ini, Insya-Allah,” katanya dalam sidang akhhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

BKK sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 telah diumumkan oleh Aminuddin semasa membentangkan Belanjawan 2019 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 17 Disember tahun lalu.

Bantuan itu dibayar dua peringkat iaitu pada minggu pertama Januari lalu dan bakinya pada hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini