Dua remaja hampir maut dibawa ombak deras - Utusan Malaysia

Dua remaja hampir maut dibawa ombak deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA 4 Mei- Dua remaja nyaris maut selepas dihanyutkan ombak deras ke tengah laut ketika mandi di pantai Vilano, di sini baru-baru ini.

Insiden tersebut berlaku ketika Heather Brown dan Tyler Smith bersama rakan-rakan mereka beriadah di pantai tersebut, sebelum dua remaja itu membuat kesilapan dengan berenang ke kawasan larangan.

Sumber memberitahu Brown dan Smith merancang untuk berenang ke sebuah pulau sebelum diganggu ombak kuat ketika menuju ke pulau berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka yang ketika itu hampir maut akhirnya diselamatkan bot anggota pemantau pantai sebelum di bawa ke hospital berdekatan untuk dirawat.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini