Dua remaja didakwa cuba membunuh - Utusan Malaysia

Dua remaja didakwa cuba membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang lelaki di Lebuhraya Pinggiran, Batu Caves, dekat sini minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh Moi Kai Man, 21 dan M. Tamil Arasan, 19, mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan tersebut selesai dibacakan dihadapan Hakim Shafeera Md. Said.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, mereka didakwa telah melakukan cubaan bunuh dan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa Tan Sheng Sheong, 29.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di J3-06-2 Lebuhraya Pinggiran, Batu Caves, Gombak dekat sini pada pukul 9.40 malam 13 Mei lalu.

Pendakwaan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Ain Shafie dibuat mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini