Dua lelaki ditahan ketika makan nasi - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan ketika makan nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 9 Mei – Dua lelaki yang sedang menikmati nasi berlaukkan ikan sembilang sambal di sebuah gerai di Senawang di sini ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pagi tadi.

Penolong Pengarah Kanan Operasi Bahagian penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, mereka yang berusia 20-an dan beragama Islam ditahan kerana tidak berpuasa semasa rondaan kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Ketika pemeriksaan dibuat, kedua-dua lelaki terbabit sedang menjamah nasi dan terdapat air teh o ais di atas meja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 114(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu melalukan kesalahan makan, minum atau menghisap tembakau atau rokok di khalayak ramai pada waktu siang bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zaki berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua duanya sekali, dan jika berulang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ujarnya, peniaga gerai iaitu lelaki berusia lewat 20-an turut diambil keterangan selepas disyaki

melakukan kesalahan di bawah Seksyen 114(1) enakmen sama iaitu menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang bulan Ramadan.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. Sekiranya didapati melakukan kesalahan berulang boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal terdapat beberapa pusat snuker turut dijadikan lokasi untuk mereka yang tidak berpuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini