Dua kanak-kanak maut selepas tornado terbalikkan istana angin - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak maut selepas tornado terbalikkan istana angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 2 Mei – Dua kanak-kanak terbunuh di China selepas tornado menterbalikkan istana angin di Laiyuan, utara Heibei menjadikan insiden kedua dalam tempoh dua bulan ini.

Beijing Youth Daily melaporkan, pihak berkuasa tempatan memberitahu, istana angin tersebut juga mencederakan tujuh mangsa lain ketika tornado itu.

Katanya, tiga orang telah ditahan berhubung insiden itu yang mana siasatan sedang berjalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gambar-gambar insiden kejadian tersebar di media sosial menyaksikan istana angin itu juga menghempap beberapa kereta.

Pada April lalu, tornado juga menyebabkan dua kanak-kanak maut dan 18 cedera selepas rumah angin yang digunakan diterbangkan di sentral China. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini