Dua cedera, seorang terperangkap runtuhan Stesen Bersepadu Gombak - Utusan Malaysia

Dua cedera, seorang terperangkap runtuhan Stesen Bersepadu Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua individu cedera manakala seorang lagi dipercayai masih terperangkap akibat runtuhan bangunan di Stesen Bersepadu bersebelahan Stesen LRT Terminal Gombak Jalan Taman Melati yang dalam pembinaan di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 1.13 pagi.

“Seramai 46 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, dan Wangsa Maju telah bergegas ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati berlakunya runtuhan struktur konkrit di bangunan yang sedang dibina itu,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau menambah, seramai tiga mangsa terlibat dengan dua daripadanya yang cedera telah dibawa ke hospital Selayang untuk rawatan lanjut manakala seorang individu warganegara Indonesia masih terperangkap dalam runtuhan itu.

“Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi mengesan mangsa yang terperangkap.

“Pihak bomba kini sedang giat menjalankan kerja-kerja mengalihkan struktur konkrit yang runtuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini