KUALA PILAH 2 Mei – Seorang wanita warga Indonesia yang pengsan semasa mendaki Gunung Angsi dekat sini pagi tadi terpaksa diusung turun oleh pasukan bomba. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd. Fauzi Shamir berkata, wanita itu, Diyanti Kris, 20, mula mendaki gunung itu bersama tujuh rakannya pada pukul 10 pagi. Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor pengsan semasa berada di…










