PROGRAM Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan suatu pendekatan kerja bersepadu Perkhidmatan Awam Malaysia yang diperkenalkan sejak 2009 dan diiktiraf dunia sebagai antara kaedah terbaik dalam memberi perkhidmatan mudah dan berkesan kepada masyarakat. Antara institusi yang diwujudkan melalui konsep NBOS ialah Pusat-Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat-Pusat Transformasi Bandar (UTC). Di pusat-pusat ini, rakyat dibekalkan dengan pelbagai perkhidmatan melalui agensi-agensi terpilih, yang dianggap menjadi keperluan semasa kepada rakyat. Perkhidmatannya…










