Dewan Negara: Levi pelepasan individu keluar negara bakal dikuat kuasa - Utusan Malaysia

Dewan Negara: Levi pelepasan individu keluar negara bakal dikuat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Levi pelepasan dicadang dikenakan kepada mana-mana individu yang keluar dari negara sepertimana diumum dalam Belanjawan 2019, dicadang dikuatkuasa mulai 1 Julai ini atau satu tarikh yang ditetapkan kemudian, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Levi Pelepasan 2019 untuk bacaan kali kedua bagaimanapun menegaskan bahawa levi itu hanya akan dikenakan kepada mereka yang menggunakan pengangkutan udara sahaja.

Beliau berkata, ini termasuk melibatkan jet peribadi atau helikopter, sama ada secara sewa khas ataupun ‘chartered’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengecualian akan dikenakan kepada orang yang meninggalkan Malaysia dengan berjalan kaki atau memandu sendiri kenderaan, seperti motosikal, kereta, (menaiki) bot, feri, memandu sendiri kapal terbang atau anak kapal ataupun krew kabin yang sedang bertugas.” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini sebelum RUU berkenaan diluluskan dengan suara majoriti.

Beliau berkata, kadar levi dicadang adalah RM20 bagi mereka yang keluar ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain, namun terdapat cadangan agar kadar itu disemak agar lebih bersifat adil, umpamanya mengambil kira kelas penerbangan penumpang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini