CUEPACS optimis kerajaan beri bonus kepada penjawat awam - Utusan Malaysia

CUEPACS optimis kerajaan beri bonus kepada penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis kerajaan Persekutuan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, CUEPACS sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung hasrat tersebut.

Menurutnya, bukan itu sahaja beliau juga sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara berhubung perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Respon (maklum balas dari kerajaan) mesti ada, setakat ini Insya-Allah. Anggaran RM1 bilion (bantuan khas Aidilfitri).

“Kita pohon untuk penjawat awam yang mempunyai gred 54 ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) Bersama Presiden CUEPACS di Kompleks Imigresen, Kastam, Kua­rantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang semalam.

Terdahulu sebelum itu, Azih meluangkan masa melawat kawasan ICQS Rantau Panjang dan beramah mesra dengan kakitangan awam yang bertugas.

Azih memberitahu, pihaknya meminta kerajaan Persekutuan supaya meluluskan bantuan khas Aidilfitri minimum RM1,000 untuk penjawat awam dan RM500 setiap seorang kepada semua pesara kerajaan.

“Bagaimanapun semua itu terpulang kepada kerajaan. Besar harapan kami agar insentif ini dapat dipertimbangkan dengan segera.

“Kami menunggu berita baik ini dengan penuh harapan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini