Cuaca sepanjang Ramadan panas, kurang hujan - Utusan Malaysia

Cuaca sepanjang Ramadan panas, kurang hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Cuaca sepanjang Ramadan tahun ini dijangka panas dan kurang taburan hujan, menurut Jabatan Meteorologi.

Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, ia berikutan fenomena Monsun Barat Daya yang bermula 6 Mei ini dan berakhir pada pertengahan September kelak.

“Semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan keadaan atmosfera yang lebih kering dan kelembapan udara yang rendah. Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh monsun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
ALUI BAHARI
ALUI BAHARI 

“Sehubungan itu, kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan berbanding bilangan hari hujan semasa Monsun Barat Daya. Keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang rendah dan cuaca panas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, kata beliau, kawasan barat Semenanjung dan barat Sabah akan mengalami hujan lebat dan angin kencang pada awal pagi akibat fenomena garis badai (squall line).

“Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan atmosfera yang tidak stabil serta mempunyai jangka hayat sehingga beberapa jam,” jelasnya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan ramalan kaji cuaca terkini melalui laman web, media sosial dan hotline Jabatan Meteorologi serta aplikasi MyCuaca. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini