MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, John Stones mengakui persaingan antara pasukannya dengan Liverpool bagi merebut takhta Liga Perdana England menyebabkan mereka semakin bersemangat untuk memburu kejuaraan tersebut. Pemain antarabangsa England itu berkata, pada musim lalu, mereka lebih santai ketika mengharungi baki saingan liga kerana telah meninggalkan pesaing terdekat dengan jurang mata yang besar. “Bagaimanapun, pada musim ini perbezaan mata dengan Liverpool sangat kecil dan ia telah menyebabkan kami begitu…










