Chelsea waspada ancaman Eintracht - Utusan Malaysia

Chelsea waspada ancaman Eintracht

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT 2 Mei – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri tidak mahu memandang mudah aksi menentang Eintracht Frankfurt dan bakal berwaspada ancaman lawan dalam separuh akhir pertama Liga Europa di Jerman, awal pagi esok.

Kata Sarri, setiap pasukan yang beraksi dalam aksi Bundesliga boleh dianggap sebagai lawan yang sukar.

“Mereka sangat berbahaya di laman sendiri dan juga lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpendapat mereka adalah pasukan yang sangat dinamik dengan kesungguhan yang hebat.

“Dalam masa sama kami menjangkakan ia akan menjadi sukar buat kami untuk ke final,” kata Sarri.

Eintracht mempamer aksi mengagumkan apabila berjaya mencabar kejuaraan Eropah buat kali pertama sejak memenangi Piala UEFA pada 1980 selepas menyingkir Benfica dalam pusingan sebelum ini meskipun beraksi dengan 10 pemain selama 70 minit pada perlawanan timbal balik pertama.

Kelab Jerman itu kini meletakkan sasaran aksi final di Baku, Azerbaijan selepas menyingkirkan Marseille, Inter Milan, Shakhtar Donetsk dan pendahulu liga Portugal, Benfica. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini