JOHOR BAHRU 1 Mei – Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang ditinggalkan di lorong kecemasan tanpa pemandu di kilometer 28.1 Lebuhraya Link Kedua Arah Utara, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, Yip Chee Seng, 53, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala kesan pelanggaran tersebut. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal di…










