Cabaran berpuasa untuk bukan Islam - Utusan Malaysia

Cabaran berpuasa untuk bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Golongan bukan Islam khususnya dari daerah ini dijemput menyertai Cabaran Puasa 1 Hari anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diadakan pada Ahad ini.

–

MBPJ dalam kenyataan memberitahu, cabaran itu diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai sama-sama merasai kesukaran dan keseronokan berpuasa yang dilalui oleh umat Islam di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam cabaran itu, peserta digalakkan menjalani amalan asas berpuasa seperti makan sahur pada awal pagi, mengelakkan berkata perkara yang sia-sia dan menahan diri daripada makan dan minum sehingga terbenam matahari.

“Majlis berbuka puasa akan diadakan di Madrasah An-Naimah, Jalan SS 7/17k pada pukul 6.15 petang sehingga 9 malam. Bagi yang tidak berpuasa juga dialu-alukan untuk turut serta menjamu hidangan yang disediakan.

“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman web https://tinyurl.com/cabaranPuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi di talian 019-6690900. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini