Bursa rendah pada akhir dagangan pagi - Utusan Malaysia

Bursa rendah pada akhir dagangan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari, selari prestasi saham-saham Asia, susulan kerugian semalaman di Wall Street.

Indeks utama pasaran Amerika Syarikat susut ketika mesyuarat dua hari antara perundingan kanan perdagangan AS dan China bersidang selama dua hari mulai Jumaat.

Washington dijangkakan menaikkan kadar tarif ke atas barangan bernilai US$200 bilion yang diimport dari China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan sentimen yang lemah, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 5.03 mata kepada 1,613.50, diketuai saham pengguna seperti Nestle, yang merosot 0.76 peratus kepada RM143.90 dan F(amp)N turun 0.6 peratus kepada RM33.60.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 384 berbanding 282 dengan 355 kaunter tidak berubah, 889 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.44 bilion saham bernilai RM872.25 juta. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini