Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang hujung minggu - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan awal untuk ditutup pada prestasi positif menjelang hujung hari ini, didorong aktiviti belian semasa harga rendah kebanyakannya dalam saham mewah, selain saham berharga rendah serta bermodal kecil, walaupun kebimbangan terhadap ekonomi global dan tempatan semakin bertambah.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.06 mata kepada 1,637.30 daripada 1,632.24 ketika ditutup pada Khamis.

Selepas dibuka 0.71 mata lebih rendah kepada 1,631.53, indeks penanda aras itu bergerak antara 1,625.56 dan 1,637.41 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 447 berbanding 395 manakala 383 kaunter tidak berubah, 680 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.82 bilion saham bernilai RM2.11 bilion daripada 2.68 bilion saham bernilai RM1.95 bilion pada Khamis. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini