Bursa Malaysia ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran itu susut 0.61 peratus berikutan jualan besar-besaran dalam saham mewah terpilih, terutamanya dalam kalangan saham perladangan dan perbankan.

Ini dikatakan disebabkan oleh kebimbangan berita India telah menaikkan harga import asas minyak sawit mentah (MSM) serta keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk mengekalkan kadar faedah stabil, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.05 mata kepada 1,632.24 daripada paras penutup 1,642.29 pada Selasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas dibuka naik 0.17 mata kepada 1,642.46, indeks tempatan berada antara paras 1,631.27 dan 1,644.35 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti Hari Pekerja.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, penjualan besar-besaran di Bursa Malaysia mungkin juga disebabkan oleh pelaksanaan kitaran penjelasan dua hari (T+2) bagi dagangan sekuriti yang mengurangkan minat belian dalam kalangan pelabur runcit.

“Mereka yang membeli saham sebelum 29 April, perlu menjualnya hari ini kerana skim T+2 diselesaikan hari ini (2 Mei),” katanya kepada Bernama.

Skim T+2 itu, yang bertujuan memendekkan kitaran penyelesaian akan mengurangkan risiko, meningkatkan kecekapan operasi, mengukuhkan daya saing pasaran dan meningkatkan penyelarasan global. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini