Bursa Malaysia akhiri dagangan pagi tinggi sedikit - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia akhiri dagangan pagi tinggi sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Kaunter saham mewah di Bursa Malaysia mencatatkan sedikit keuntungan daripada kerugian pada awal dagangan untuk ditutup tinggi pada tengah hari, dipacu peningkatan minat belian.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FBM KLCI naik 1.11 mata kepada 1,633.35 daripada 1,632.24 semasa ditutup pada Khamis.

Selepas dibuka 0.71 mata lebih rendah pada 1,631.53, indeks penanda aras bergerak antara 1,625.56 dan 1,634.01.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 368 berbanding 310 dengan 364 kaunter tidak berubah, 863 tidak diniagakan dan 18 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.51 bilion saham bernilai RM918.22 juta.

Peniaga berkata, sentimen pasaran turut bertambah baik dengan laporan mengenai pertumbuhan eksport yang lebih tinggi.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia mencatatkan pertumbuhan eksport bulan ke bulan tertinggi sejak April 2010 apabila eksport pada Mac tahun ini berkembang sebanyak 26.2 peratus manakala jumlah perdagangan meningkat sebanyak 25.9 peratus.

Menurutnya, import dan lebihan dagangan masing-masing berkembang 25.4 peratus dan 30 peratus, dengan peningkatan perdagangan telah dicatatkan dengan China, Arab Saudi,

Taiwan, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Di peringkat serantau, pasaran diniagakan kebanyakannya rendah berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data penggajian syarikat barangan, pembinaan dan pembuatan AS yang dijangka dikeluarkan lewat hari ini yang akan memberikan hala tuju pasaran berhubung laluan kadar faedah AS.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini