KUALA LUMPUR 7 Mei – Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang berlangsung hari ini. BNM dalam kenyataannya berkata, kadar siling dan lantai OPR masing-masing dikurangkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus. Menurut BNM, ekonomi global terus berkembang sederhana sementara pertumbuhan lebih baik berbanding jangkaan dicatatkan di beberapa ekonomi utama pada suku pertama. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya