BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 MEI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 23 MEI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANG dekat dengan hati rakyat jelata termasuk Awang sendiri apabila ditanya mengenai Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah Almarhum begitu terkenal sebagai raja yang sangat pemurah dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat.

Perwatakan Almarhum yang suka berdamping dengan rakyat terutama mendengar keluh-kesah mereka begitu dirasai kita semua.

Di Pahang, apa jua yang berlaku sama ada kebakaran, kemalangan, bahkan orang mati lemas, kalau dimaklumkan kepada Almarhum, nescaya akan diberi bantuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, ada ketikanya Tuanku lebih pantas tiba di tempat kejadian daripada bunyi siren pasukan keselamatan atau wartawan sendiri.

Suatu ketika pada awal tahun 2000, kelibat Almarhum dirakam lensa kamera yang dilihat meranduk air untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang termasuk di tepi Sungai Lembing membuktikan Almarhum seorang raja yang benar-benar berjiwa rakyat.

Rakyat adalah keutamaan Almarhum yang lebih mesra membahasakan dirinya ‘saya’ dan tidak teragak-agak menegur pihak terbabit jika mendapati sesuatu projek pembangunan boleh mendatangkan kemudaratan.

Rakyat Pahang dan seluruh negara amat terasa kehilangan Almarhum. Semoga roh baginda dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

AWANG – Raja dan rakyat berpisah tiada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini