BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 21 MEI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 21 MEI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG hairan bagaimana boleh timbul cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) agar kerajaan memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti.

Kata MBM, tujuannya untuk meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Sedangkan kita semua maklum usaha memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum terutama di sekolah rendah realitinya berdepan cabaran yang bukan sedikit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia selagi rakyat negara ini sengaja ingin mengasingkan diri dengan berfikiran sekolah kebangsaan hanya patut dipenuhi kanak-kanak Melayu, sekolah Cina buat kanak-kanak Cina dan Tamil untuk kanak-kanak Tamil sahaja.

Biar pun begitu, Awang bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa sekolah dan universiti di negara ini harus lebih menekankan penghayatan mengenai silang budaya dan kaum khususnya program rentas budaya secara kerap berbanding cadangan MBM berkenaan.

Juga saranan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) supaya pelajar di sekolah rendah khususnya yang beragama Islam masih kecil diberi fokus kepada pemantapan akidah dan tauhid terlebih dahulu daripada `pergi sejauh’ apa yang difikirkan MBM.

AWANG – Teringat Sekolah Wawasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini