BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 18 MEI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 18 MEI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUAH lagi parti baharu ditubuhkan. Kali ini ia diasaskan oleh Datuk Ezam Mohd. Nor yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara antirasuah.

Awang tidak ada masalah berhubung kewujudan parti baharu, selagi ia boleh mendatangkan manfaat kepada negara. Lagipun apa yang mahu dirisaukan kalau setakat parti tersebut mahu memperjuangkan agenda membanteras rasuah.

Tetapi apa yang menarik perhatian Awang ialah parti-parti yang ditubuhkan semata-mata untuk merebut sokongan orang Melayu. Awang berpendapat, ia tidak akan memberi manfaat 
kepada kaum tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaliknya orang Melayu akan berpecah-belah dan paling merisaukan oleh kerana berbeza fahaman politik, mereka tidak mampu mencapai kata sepakat waima dalam soal berkaitan kepentingan bangsa sendiri.

Oleh itu Awang berharap, selepas ini biarpun demokrasi membenarkan dan undang-undang mengizinkan, tak perlulah lagi ada parti-parti yang bertujuan meraih sokongan orang Melayu kerana Awang bimbang berlaku situasi, ‘menang sorak kampung tergadai’.

AWANG – Fikir soal bangsa, agama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini