Bilionair lunas hutang 400 pelajar - Utusan Malaysia

Bilionair lunas hutang 400 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 20 Mei – Seorang daripada lelaki terkaya dunia, Robert F Smith mencuri tumpuan ramai apabila mengumumkan akan membayar pinjaman pembelajaran hampir 400 graduan Morehouse College, Atlanta, di sini.

Portal Mirror melaporkan, Smith, 56, bekas jurutera kimia dan pegawai bank pelaburan yang disenaraikan oleh Forbes sebagai lelaki ke-163 paling kaya di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu berjanji akan melunaskan pinjaman pendidikan kira-kira AS$40 juta (RM167 juta) yang ditanggung kesemua pelajar itu.

“Bagi pihak lapan generasi keluarga saya yang menetap di negara ini, saya akan memberi sedikit sumbangan untuk anda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah kelas saya, 2019 dan keluarga saya berusaha keras untuk melangsaikan pinjaman pembelajaran mereka,” katanya.

Selain itu, Smith juga berjanji untuk menyumbang sebanyak AS$1.5 juta (RM6.2 juta) kepada institusi pendidikan tersebut.

Pengumuman Smith mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar yang melihat antara satu sama lain seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Kami memandang sesama sendiri, adakah beliau serius? Itu melibatkan wang yang banyak,” kata seorang graduan, Robert James, 21.

Jonathan Epps, 22, yang masih berhutang sebanyak AS$35,000 (RM146,177) menyifatkan kebaikan Smith itu sebagai satu rahmat yang luar biasa.

“Ia akan diingati bertahun-tahun lamanya. Saya masih tergamam, hari ini seperti hari indah yang lain cuma ianya lebih baik,” katanya.

Smith yang merupakan bapa kepada tiga orang anak merupakan pengasas,Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif firma ekuiti swasta, Vista Equity Partners yang ditubuhkan sekitar tahun 2000.

Forbes menganggarkan nilai kekayaan Smith mencecah AS$5 bilion (RM20.8 bilion) dan meletakkan beliau pada kedudukan 480 dalam senarai jutawan dunia bagi tahun 2018.

Pada masa yang sama, Forbes turut menamakan Smith sebagai salah seorang daripada 100 usahawan terhebat dunia pada tahun 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini