Bersantai di padang pasir bersama Kurma Travel - Utusan Malaysia

Bersantai di padang pasir bersama Kurma Travel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bersantai di tengah padang pasir? Kedengaran agak pelik, namun pengalaman itu merupakan cabaran baharu yang harus dirasai terutama kepada mereka yang pertama kali menjejak kaki ke negara Asia Barat.

Pasti akan ada yang tertanya, hendak buat apa di tengah padang pasir? Sebenarnya pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di kawasan tersebut selain menghayati suasana kehidupan masyarakat Arab di padang pasir.

Beristirehat atas sofa di tengah padang pasir sambil menikmati juadah masyarakat Arab pada waktu malam, pengunjung juga berpeluang menyelusuri ‘ombak’ padang pasir menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau Jeep.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika tidak berminat atau gementar melakukan aktiviti lasak tersebut, orang ramai boleh memilih sesi menungang unta dan bermanja dengan haiwan yang sangat terkenal di padang pasir.

Semua pengalaman indah itu boleh dinikmati menerusi pakej umrah baharu disediakan oleh Kurma Travel & Tours Sdn. Bhd. (Kurma Travel) yang menyajikan satu kelainan buat jemaah umrah yang memilih bersama dengan syarikat pelancongan tempatan itu.

Pengerusinya, Dr. Fathir Badri Al Haddad berkata, aktiviti Desert Safari itu disertakan dalam pakej umrah baharu yang ditawarkan Kurma Travel bagi menjanjikan pengalaman berbeza semasa melakukan umrah dan memanfaatkan masa ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Katanya, lokasi Desert Safari itu terletak di pertengahan laluan di lebuh raya Mekah menuju ke Jeddah iaitu kira-kira satu jam perjalanan dari kota Mekah.

“Kurma Travel cuba memberikan kelainan kepada peserta umrah dengan membawa kumpulan ini ke satu destinasi yang baharu dalam industri pelancongan di negara yang penuh dengan keberkatan.

“Selain boleh mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat Arab, jemaah boleh menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan membesarkan keagungan-Nya.

“Bukan sahaja mensyukuri nikmat ciptaan-Nya, pengalaman berada di tengah padang pasir boleh meningkatkan keimanan kepada Allah dengan berzikir, bermunajat serta mendengar sirah Nabi dan tazkirah pada waktu malam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini