KUALA LUMPUR 29 Mei – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) berhasrat bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Presidennya Prof Datuk Badhrulhisham Abdul Aziz. “Negeri yang menjadi tumpuan ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Menurut Badhrulhisham, Berjasa telah kenal pasti kawasan yang akan ditandingi serta menyenarai calon berpotensi…










