Berbuka puasa sambil beramal bersama Ensany Global - Utusan Malaysia

Berbuka puasa sambil beramal bersama Ensany Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Orang ramai berpeluang mengambil keberkatan bulan Ramadan dengan menghadiri majlis berbuka puasa sambil beramal anjuran Kumpulan Ensany Global, Khamis ini.

POSTER majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih bersama Dr. Zakir Naik yang dianjurkan Kumpulan Ensany Global, Khamis ini di Restoran Royal Hadramawt, Ampang, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Menurut Penasihat Kumpulan Ensany, Zainal Abidin Malim, majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Restoran Royal Hadramawt, Ampang itu juga bertujuan untuk memperkenalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dengan lebih meluas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, Zainal Abidin berkata, program tersebut turut mahu mewujudkan tabung bantuan bagi membantu mangsa-mangsa kekejaman peperangan di Palestin, Yemen dan Syria.

“Pada mulanya kami mahu mengadakan majlis makan malam amal tetapi memandangkan kita berada dalam bulan Ramadan, lebih elok adakan majlis berbuka puasa untuk memperkenalkan Ensany Global. Orang ramai yang hadir juga boleh beramah mesra dan menghayati tazkirah selepas solat sunat tarawih daripada pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik.

“Kami menyasarkan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk golongan korporat untuk sama-sama beramal. Oleh itu, kami berharap para dermawan yang berminat boleh menghubungi talian 011-11111084 untuk menyertai majlis ini,” katanya kepada Utusan Online hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini