Belum tiba masa untuk bersara - Casillas - Utusan Malaysia

Belum tiba masa untuk bersara – Casillas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO 18 Mei – Penjaga gol Porto, Iker Casillas, tidak berhasrat untuk menamatkan kariernya selepas pulih daripada serangan jantung yang dialami bulan ini.

Legenda Real Madrid itu telah mengambil keputusan untuk bersara, dua minggu lalu selepas mengalami serangan jantung ketika sesi latihan bersama kelab Primeira Liga itu.

Begitupun Casillas, yang menjalani pembedahan kecemasan lima hari kemudian, berkata dia akan menentukan persaraannya apabila tiba masanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bersara? Masa untuk saya bersara akan tiba. Saya akan umumkannya apabila saya bersedia.

“Buat masa ini, bertenang. Saya memiliki temu janji dengan Dr Filipe Macedo semalam dan segalanya berjalan lancar. Itu berita yang mahu saya kongsikan,” katanya.

Casillas telah beraksi lebih daripada 700 perlawanan untuk Real sebelum menyertai Porto secara percuma pada 2015. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini