Belum pasti Bale sertai Spurs - Pochettino - Utusan Malaysia

Belum pasti Bale sertai Spurs – Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Mei – Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino memilih untuk tidak mahu memberikan harapan kepada penyokong kelab berkenaan berhubung spekulasi kepulangan Gareth Bale ke Tottenham dari Real Madrid.

Ketika ini Bale kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Spurs dan Manchester United terutama selepas musim kurang menggembirakan pemain itu bersama Madrid.

Kata Pochettino dia lebih selesa kekal berahsia berhubung perancangannya bagi mendapatkan pemain menjelang kempen pada musim baharu nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ini dia (Bale) masih pemain Real Madrid.

“Semua orang mempunyai memori yang baik dengannya namun ketika ini dia masih mempunyai kontrak selama tiga tahun di Madrid malah ia situasi sukar buatnya dan ia juga tidak mudah bagi kelab untuk melepaskan dia,” kata Pochettino.

Masa depan bintang skuad kebangsaan Wales itu bersama Madrid menjadi persoalan selepas dia disisihkan pengurus, Zinedine Zidane yang dijangka akan menyambar beberapa pemain baharu, musim panas depan.

Antara pemain mungkin berada dalam radar kelab gergasi Sepanyol itu ialah bintang Chelsea, Eden Hazard sekali gus mampu membuka peluang buat Bale bagi meninggalkan Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini