KOTA BHARU 1 Mei – Kerajaan Pusat diminta supaya meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat sepertimana yang dirancangkan sebelum ini bagi memberikan impak kepada daerah tersebut. Pengerusi Gerakan Belia 4B (Malaysia) negeri, Shahrul Fadhel Mohd. Aziz berkata, ini kerana Tumpat merupakan salah satu daerah termiskin di negara ini yang amat memerlukan perhatian. Justeru, beliau meminta kerajaan supaya melihat kembali asas projek ECRL iaitu membangunkan…










