MELAKA – Bekalan barangan keperluan utama termasuk sayur-sayuran dan kelapa untuk kegunaan penduduk negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi. Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Che Samudin Hassan berkata, setakat ini bekalan sayur-sayuran itu diterima daripada pembekal tempatan serta dari Cameron Highlands dan Tangkak, Johor. Katanya, bagaimanapun bekalan kubis, cili dan lobak terpaksa diimport dari Indonesia dan China. “Bagi bekalan kelapa pula , biasanya pada musim perayaan Hari Raya sebanyak 150,000 biji diperlukan dan jumlah itu mencukupi. “FAMA menerima jumlah yang cukup daripada pembekal sedia ada malah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya