SHAH ALAM 10 Mei – Gangguan bekalan air ekoran kejadian paip utama yang pecah berhampiran Lebuhraya West-Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping di sini dijangka dapat dipulihkan sepenuhnya pada Ahad ini selepas kerja-kerja pemasangan dan pengalihan paip utama yang pecah selesai. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, jangkaan awal pihaknya yang menyasarkan pemulihan keseluruhan pada pukul 3 petang ini tidak dapat…










