Bekalan air di Klang pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Bekalan air di Klang pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Gangguan bekalan air di Klang yang terjejas sejak 4 Mei lalu ekoran insiden tiga paip utama pecah berhampiran projek Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping, pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual itu selesai selepas kerja-kerja pemasangan dan pengalihan paip yang pecah selesai pada pukul 4 petang semalam.

“Tempoh gangguan yang tertunda ini disebabkan oleh kerumitan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilaksanakan dengan berhati-hati dan keadaan tapak pembaikan yang berisiko tinggi. Langkah ini diambli bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada pekerja dan aset di tapak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemasangan jajaran paip baharu ini merupakan penyelesaian kekal bagi penyaluran bekalan air kepada pelanggan yang menerima bekalan dari Kolam Lipat Kajang dan telah dapat meningkatkan kapasiti air terawat dan pemulihan sepenuhnya kepada semua kawasan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Raof berkata, bagi mengurangkan impak gangguan kepada pengguna pihaknya mengambil tindakan segera melalui sistem bekalan alternatif.

Sehubungan itu katanya, Air Selangor memohon maaf kepada kira-kira 800,000 pengguna di kawasan yang terjejas dan berterima kasih kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang memberikan kerjasama dalam tempoh itu.

“Tidak ketinggalan, sokongan yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor, wakil-wakil rakyat, persatuan penduduk dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam operasi pemulihan bekalan air,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini