Bayern Munich juara lagi - Utusan Malaysia

Bayern Munich juara lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 18 Mei – Franck Ribery dan Arjen Robben yang membuat penampilan terakhir bersama Bayern Munich masing-masing meledak gol ketika membantu gergasi bola sepak Jerman itu menumpaskan Eintracht Frankfurt 5-1 hari ini untuk menjulang trofi Bundesliga buat kali ketujuh berturut-turut.

Ia adalah penamat paling sempurna buat dua ikon kelab itu, apatah lagi berjaya membantu pasukannya mengetepikan cabaran sengit Borussia Dortmund dengan kelebihan tipis dua mata pada hari terakhir pertandingan.

Meskipun berjaya menumpaskan Borussia Moenchengladbach 2-0 dalam perlawanan yang diadakan serentak, namun kemenangan Bayern menutup sebarang peluang buat Dortmund.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keinginan Bayern untuk mencari kemenangan di depan penyokong sendiri terserlah sejak awal apabila Kingsley Coman meledak gol pembukaan seawal minit keempat.

Bagaimanapun pasukan pelawat mencemaskan kedudukan seketika apabila menyamakan kedudukan menerusi Sebastien Haller pada minit ke-50.

Bayern tidak menunggu lama untuk menunjukkan tindak balas apabila David Alaba, Renato Sanches, Ribery dan Robben merobek gawang lawan pada minit ke-53, 58, 72 serta 78 bagi memastikan trofi Bundesliga kekal di Allianz Arena sejak 2012. – AGENSI

10 JUARA TERAKHIR

——————

2018/19: Bayern Munich

2017/18: Bayern Munich

2016/17: Bayern Munich

2015/16: Bayern Munich

2014/15: Bayern Munich

2013/14: Bayern Munich

2012/13: Bayern Munich

2011/12: Borussia Dortmund

2010/11: Borussia Dortmund

2009/10: Bayern Munich

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini