Batang konkrit terjatuh dari treler - Utusan Malaysia

Batang konkrit terjatuh dari treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 14 Mei – Sebuah treler membawa batang konkrit nyaris mencederakan pengguna jalan raya lain apabila lima batang muatan itu terjatuh berhampiran Kampung Panchor, Durian Tunggal di sini petang semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, batang konkrit itu yang diperbuat menggunakan campuran besi dan simen tidak mengenai pemandu atau penunggang motosikal lain.

Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abd. Aziz berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu treler berkenaan atas kesalahan kecuaian mengendalikan barang yang dibawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, treler tersebut yang dalam perjalanan ke Alor Gajah membawa lebih muatan dan mengaburi kesalahan itu dengan menutup batang konkrit dibawa menggunakan kain kanvas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini