Bas ekspres terbakar, pemandu terselamat - Utusan Malaysia

Bas ekspres terbakar, pemandu terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 14 Mei – Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru terbakar di Kilometer 19.8 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana pemandu sempat menyelamatkan diri dan tiada penumpang ketika itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd. Malik Abdul Rahman berkata, lapan anggota bersama-sama dua jentera dari BBP Kulai dan BBP Skudai dikejarkan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.53 tengah hari. Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini