LONDON 4 Mei – Barcelona sudah bersedia menawarkan Chelsea £30 juta dan seorang pemain sebagai tambahan dalam usaha kali kedua mereka itu untuk mendapatkan khidmat Willian. Selepas tawaran Januari lalu ditolak bulat-bulat, kelab gergasi Sepanyol itu dikatakan bakal kembali pada musim panas ini dengan lebih memikat ketika kontrak Willian, 30, bersama Chelsea tinggal setahun lagi. Barcelona sedar Chelsea dalam keadaan tertekan sekarang untuk mengekalkan pemain antarabangsa Brazil itu di Stamford Bridge kerana jika kelab Inggeris itu tidak menjualnya kali ini, mereka bakal kehilangan Willian secara percuma sahaja tahun depan. Sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya