Model dan selebriti laman sosial yang digelar Barbie Doll Malaysia, Izubiela Razi, 29, mengaku tidak penat bermekap setiap hari demi hobi dan suami. Mengaku mempunyai hobi yang agak pelik, Izubiela tidak kisah dengan pandangan orang lain selagi caranya itu disukai suami. “Sejujurnya orang sekeliling dan masyarakat yang menggelarkan saya sebagai Barbie atau Barbie Doll versi Malaysia. Gelaran ini ‘melekat’ pada saya disebabkan bentuk tubuh, gaya, cara berpakaian dan mekap, perwatakan…










