Banyak boleh dicapai jika Reds ‘bersatu’ - Utusan Malaysia

Banyak boleh dicapai jika Reds ‘bersatu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Mei – Pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri percaya, semangat berpasukan dan saling menyokong satu sama lain adalah kunci utama kejayaan Reds melangkah ke final Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

Malah, pemain antarabangsa Switzerland itu yakin, tidak mustahil kejuaraan mampu dibawa pulang di Madrid, 2 Jun ini sekiranya Reds terus bersatu, sama seperti yang ditunjukkan ketika menyingkirkan Barcelona pada separuh akhir.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp kini menjalani latihan enam hari di Marbella, Sepanyol dalam persiapan menghadapi Tottenham pada perlawanan akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara paling penting dalam kumpulan yang besar adalah ‘bersatu’.

“Apabila kita bersatu, banyak yang boleh dicapai dan kami telah melihat perkara itu dalam permainan, terutama ketika menentang Barcelona.

“Walaupun ada beberapa pemain yang tidak diturunkan dalam sebahagian besar musim, tetapi kami tetap ‘bersatu’ dan menyokong satu sama lain. Perkara itu sangat penting untuk menghadapi perlawanan ini.

“Kami gembira dapat berlatih bersama di kem latihan, kami semakin kuat apabila bersatu dan menikmati cuaca panas di sini. Semua orang berlatih dengan gigih untuk pasukan,” kata pemain jersi No. 23 itu kepada Liverpoolfc.com.

Shaqiri berada dalam kumpulan enam pemain bersama kapten, Jordan Henderson yang memenangi pertandingan mini pada sesi latihan kedua Liverpool di Marbella semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini