Baku tidak layak jadi tuan rumah final Liga Europa - Utusan Malaysia

Baku tidak layak jadi tuan rumah final Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mei – Arsenal melabelkan keputusan melantik ibu negara Azerbaijan, Baku selaku tuan rumah perlawanan akhir Liga Europa menentang Chelsea, tidak boleh diterima kerana para peminat berdepan kesulitan dengan logistik dan kos bagi menyaksikan pertemuan itu pada 29 Mei ini.

Kelab London tersebut masing-masing diberikan 6,000 tiket oleh badan induk bola sepak Europah untuk perlawanan yang akan diadakan di Stadium Olimpik berkapasiti 68,700 tempat duduk dengan jarak dari ibu negara England itu sejauh lebih 4,500 kilometer.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan UEFA, lapangan terbang Baku yang memiliki kapasiti terhad antara alasan pengedaran tiket tidak dapat dilakukan lebih banyak kepada peminat yang berkunjung ke ibu negara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sangat kecewa, disebabkan kemudahan pengangkutan yang terhad, UEFA hanya boleh menyediakan maksimum 6,000 tiket untuk Arsenal dengan stadium yang mempunyai kapasiti lebih 60,000 tempat duduk.

“Hanya masa yang akan menentukan sama ada 6,000 penyokong Arsenal dapat menyaksikan perlawanan ini, setelah terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran perjalanan untuk ke Baku,” kata Arsenal dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, penyokong Liverpool dan Tottenham turut mengadu tentang jumlah tiket yang terhad diberikan kepada kedua-dua kelab berkenaan untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Madrid pada 1 Jun ini.

Arsenal menggesa UEFA agar turut mengambil kira keperluan peminat apabila membuat keputusan untuk menentukan venue perlawanan akhir di peringkat Eropah.

“Bagi pihak peminat, kami berusaha untuk memahami kriteria pemilihan venue bagi perlawanan akhir, dan juga bagaimana keperluan penyokong perlu turut diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kami menggesa UEFA bagi memastikan logistik dan keperluan penyokong diberi keutamaan pada masa akan datang kerana apa yang berlaku musim ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Kami berharap kesilapan sama tidak akan berulang,” tegas Arsenal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini