Awan ribut di Texas kelihatan seperti piring terbang gergasi - Utusan Malaysia

Awan ribut di Texas kelihatan seperti piring terbang gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMARILLO, Texas – Satu video menunjukkan pembentukan awan ribut berpusar yang menyerupai piring terbang makhluk asing berjaya dirakam di sini pada Sabtu lalu, lapor akhbar Daily Mail.

“Awan ribut itu telah diekori untuk satu tempoh panjang, menyaksikan ia bergerak merentasi pekan Panhandle dalam tempoh beberapa jam,” kata individu yang merakam video itu kepada portal berita Newsflare.

“Pergerakannya menarik perhatian penduduk bandar dan pekan yang dapat melihatnya menyebabkan media sosial dibanjiri gambar-gambar menarik awan ribut itu,” tambahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakaman video diambil dari jarak jauh berdekatan sebatang jalan raya itu kelihatan seperti sebuah piring terbang yang sangat besar sedang berlegar atau bersedia untuk mendarat.

Awan ribut petir seumpamanya jarang terbentuk tetapi boleh membawa kepada ribut besar bersama hujan ketulan ais sebesar besbol, angin kencang, malah mungkin membentuk pusaran puting beliung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini