KANGAR – Orang ramai diminta berhati-hati agar tidak terpedaya dengan menyangkakan mempelam dari Indonesia dikenali sebagai ‘arumanis’ sebagai harumanis yang menjadi buah ikon negeri ini. Pengarah Pertanian negeri, Hafizuddin Othman berkata, kekeliruan mungkin timbul apabila warna dan bentuk fizikal luaran arumanis menyerupai harumanis. “Persamaan itu termasuk ciri dua ‘tanduk’ pada arumanis yang merupakan ciri utama terdapat pada harumanis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kata beliau, harumanis bagaimanapun dapat…










