Arsenal perlu elak kesilapan di benteng - Utusan Malaysia

Arsenal perlu elak kesilapan di benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi enggan melihat barisan pertahanan pasukannya me­lakukan kesilapan mudah jika mahu menundukkan Chelsea pada pentas final Liga Europa di Baku awal pagi Khamis.

Perkara tersebut dijelaskan dalam misi untuk merebut slot Liga Juara-Juara selepas mereka sekadar menamatkan saingan pada kedudukan kelima untuk Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Pemain skuad antarabangsa Jerman berkenaan mengakui masalah barisan pertahanan kini merupakan isu utama dalam skuad kendalian Unai Emery dan sering menghantui pasukan dalam setiap perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah pasti dengan hanya satu kesilapan, ia bakal memusnahkan impian pasukan di pentas final, jadi kami harus berwaspada di Baku.

“Tugas kami di barisan pertahanan adalah untuk mengelakkan daripada dibolosi. Jika anda hanya memberikan 90 peratus komitmen pastinya pasukan akan dibolosi dengan jaringan pasukan lawan.

“Jurulatih mahu kami kekal dengan taktikal yang dirancang biarpun berlaku kesilapan kerana itu lebih mudah untuk diperbetulkan.

“Kami mahu memenangi perlawanan ini kerana kami tahu apa yang dilakukan berbanding menyesali kekalahan kerana kami beraksi de­ngan buruk.

“Itu tidak akan membuatkan anda konsisten dan saya berpendapat kami mungkin tidak akan memenangi perlawanan tanpa identiti tersendiri,” kata Mustafi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini