Arkitek terdunia dunia, I.M. Pei meninggal pada usia 102 tahun - Utusan Malaysia

Arkitek terdunia dunia, I.M. Pei meninggal pada usia 102 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 17 Mei – Arkitek terkenal di dunia, I.M. Pei meninggal dunia pada usia 102 tahun semalam.

AFP melaporkan, Pei yang dilahirkan di Guangzhou, China pada tahun 1917 itu merupakan anak seorang pengurus bank yang terkemuka. Beliau berpindah ke New York bagi mempelajari bidang seni bina dan menubuhkan firma seni bina pertama pada tahun 1955.

Mendiang menjadi terkenal menerusi hasil rekaan Bangunan Bank of China di Hong Kong dan Piramid di Louvre, Paris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kebanyakan bangunan terbaik beliau boleh dilihat di Amerika Syarikat, termasuk Four Seasons Hotel di 57th Street, New York, Perpustakaan John F. Kennedy di Boston, Bangunan Timur bagi Galeri Seni Kebangsaan di Washington, serta Dewan Kemasyhuran Rock and Roll di Cleveland.

Struktur yang diterangi cahaya ini adalah sangat hebat dan mengagumkan yang begitu jelas terlihat.

Satu-satunya bangunan kondominium I.M. Pei, Centurion Condominium di 33 West 56th Street yang terletak di tengah-tengah bandar Manhattan direka pada tahun 2008 bersama anak-anak lelakinya di Pei Partnership Architects.

Centurion Condominium itu diiktiraf sebagai salah satu kondominium dengan segi seni bina yang hebat dan eksklusif di Bandar Raya New York. Kondominium itu dijual dengan harga bermula AS$2.5 juta (RM10.4 juta). -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini