KUALA LUMPUR 1 Mei – Selepas lebih empat dekad majalah komik ikonik, Gila-Gila bertapak dalam industri penerbitan tempatan, kini Creative Enterprise Sdn. Bhd. melancarkan GG Komiks iaitu aplikasi majalah humor pertama di negara ini. Aplikasi yang disediakan secara percuma itu boleh dimuat turun oleh semua peringkat umur dalam telefon pintar dan tablet bermula hari ini di Google Play dan Apple App Store. Ketua Pegawai Eksekutif Gila-Gila Digital, Syafeeq Shahman Jaafar…









