NEW DELHI 13 Mei – Angka korban akibat Siklon Fani yang melanda timur India dan Bangladesh pada awal Mac lalu terus meningkat kepada 77 orang, ketika banyak mangsa terjejas melahirkan rasa tidak puas hati berhubung bantuan yang disalurkan.
Fani membandai negeri Odisha di India pada 3 Mei lalu dengan membawa angin kencang sekuat 200 kiloneter sejam.
Siklon itu memusnahkan setengah juta kediaman, menumbangkan banyak pokok dan tiang elektrik, komunikasi dan menyebabkan bekalan air bersih terjejas. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











