Ancasa Residences Port Dickson rai 50 anak yatim - Utusan Malaysia

Ancasa Residences Port Dickson rai 50 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 9 Mei – Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ancasa Residences Port Dickson di sini semalam meraikan anak-anak yatim sempena kedatangan bulan Ramadan.

Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti hotel itu, Shah Azam Khan Noor Mohammad berkata, kira-kira 50 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson menjadi tetamu dalam majlis berbuka puasa.

“Program tahunan ini bertujuan menghulurkan bantuan serta menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan tanggungjawab sosial untuk mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Kami amat berbesar hati dapat meraikan anak-anak yang hadir hari ini,” katanya selepas Program Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal di sini semalam.

Shah Azam Khan berkata, pada tahun ini pihaknya turut mendapat sokongan syarikat Adabi Consumers Berhad yang menaja barangan keperluan asas untuk kegunaan rumah anak-anak yatim sepanjang Ramadan, selain tajaan bahan bacaan kanak-kanak.

“Selain itu, anak-anak ini turut dibelikan baju raya serta sumbangan duit raya sebanyak RM50 seorang. Sejumlah wang tunai turut disalurkan kepada yayasan berkenaan untuk digunakan sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya.

Tambahnya, program itu bermula sejak pukul 10 pagi dengan acara gotong-royong memasak lima periuk bubur lambuk yang kemudian diagihkan kepada orang awam yang melalui jalan berhampiran hotel.

Dalam majlis itu, hotel berkenaan turut melancarkan bufet Ramadan dengan tema ‘Aroma D’AnCasa’ yang ditawarkan dengan harga RM55 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

Sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 06-6627288 sambungan 6. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini