LOS ANGELES 13 Mei – Prince Jackson, 22, anak kepada legenda pop dunia, Michael Jackson, berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Loyola Marymount University dekat sini. Mirror melaporkan, Prince menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga dan peminat termasuk sepupunya, TJ Jackson, yang memuat naik gambar graduasi Prince di Instagram. “Prince, ini jalan yang panjang, tetapi kamu berjaya mengharunginya. Teruskan belajar, membesar dan memberi kembali. Sangat berbangga dengan kamu.…










