Anak gajah tersangkut atas pagar kurungan - Utusan Malaysia

Anak gajah tersangkut atas pagar kurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHIANG MAI – Sekumpulan penjaga haiwan berasa keliru selepas menjumpai seekor anak gajah terperangkap dengan kedua-dua kaki belakangnya tergantung pada pagar kayu kurungan di sebuah santuari di sini baru-baru ini.

Anak gajah yang dinamakan sebagai Khunseuk itu dipercayai cuba untuk memanjat pagar kurungannya namun kaki belakangnya tersekat. Beberapa ekor gajah dewasa di santuari tersebut cuma melihat aksi itu tanpa memberi sebarang bantuan. Khunseuk kemudian berjaya melepaskan diri sebelum terjatuh menghempap lantai kurungan.

Seorang penjaga menyatakan haiwan itu agak aktif dan menyukai cabaran berbanding mamalia lain yang seusia dengannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berada pada posisi berkenaan. Dia sukakan cabaran. Saya belum pernah melihat anak gajah bertenaga sepertinya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini